KLASIFIKASI SERAT-SERAT
Serat, bahan berstruktur yang merupakan komposisi semua tumbuh-tumbuhan, adalah penting untuk kelancaran fungsi saluran usus anda. Ianya tidak berkalori kerana tidak diserap ke dalam salur darah tetapi semua makanan yang berserat tinggi mengandungi pelbagai nutrien seperti phytokimia, bahan mineral, vitamin dan anti-oksiden.
Serat adalah penting dalam kehidupan seharian. Serat-serat dalam diet boleh dikelaskan kepada yang boleh larut dan tidak boleh larut. Setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza.
Serat Yang Tidak Boleh Larut
Kebanyakan serat yang tidak boleh larut barasal dari lapisan bran bijiran. Oleh sebab ianya tidak larut dalam air, ianya bergerak menerusi saluran usus kita lebih cepat dan dalam keadaan tidak terjejas, menyah bakteria, toksin dan bahan-bahan berkarsinogenik yang memudaratkan. Ianya membesar dan melembutkan najis serta mempercepatkan pembuangan najis melalui pergerakan usus yang tetap. Bijirin, gandum lengkap, bran gandum dan jagung, sayur-sayuran, bijian, kacang pea, kulit kentang dan beras perang adalah merupakan sumber utama serat yang tidak boleh larut.
Serat Yang Boleh Larut
Hantar Mertua Gi Haji
-
Hari Rabu 11 Nov 2009 jam lebih kurang 8.00 pagi kami bertolak dari dungun
ke Kelana Jaya utk menghantar mertua menunaikan Rukun Islam yg ke-5.
Alhamdulill...
14 tahun yang lalu