Ahad, 15 Februari 2009

MAJLIS PERKAHWINAN



Setelah hampir satu (1) tahun menyulam cinta, Mohd Yusof Bin Abdul Jalil dan kekasih hatinya, Nurhazwani Bt Kamaruddin akhirnya selamat di Ijab Kabul ( dinikahkan) pada Majlis Perknikahan mereka yang cukup sederhana di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 6 Disember 2008 bersamaan 8 Zulhijjah 1429 M.



Dengan dua kali lafaz, Mohd Yusof yang dinikahkan oleh jurunikah Haji Abd. Razak Bin Embong disaksikan oleh bapa dan keluarga kedua-dua belah pihak. Mohd Yusof sah bergelar suami kepada Nurhazwani yang mula dikenalinya hujung tahun 2007.






Pada majlis yang serba ringkas itu, Nurhazwani menerima mas kahwin RM150, wang hantaran sebanyak RM7,000 serta 9 dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Pihak pengantin perempuan pula membalas sebanyak 10 dulang hantaran antaranya senaskhah Al-Quran, kasut, baju melayu dan kemeja.


Majlis bersejarah pasangan mempelai itu telah dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.


Sebaik dinikahkah kira-kira pada pukul 10.30 pagi, pasangan tersebut terus mengadakan majlis kahwin di rumah pengantin perempuan di Kampung Mengabang Tengah, Batu Buruk, K.Terengganu.


Majlis perkahwinan mereka yang dihadiri sekitar 2,000 tetamu itu berlangsung dalam konsep tradisional dengan mengenengahkan tema warna biru laut dan putih.


Semoga berkekalan hingga akhir hayat...InsyALLAH...Amin..

Comments :

1

tahniah jugak yusof =)

Ahmad Firdaus berkata...
on 

Catat Ulasan